me.

me.
i'm on your right side.

Friday 30 December 2011

aku menangis?

aku tengok gambar dia kat FB. hati aku bergoyang. but then, back to normal..

tapi lepas tengok ombak rindu, aku masuk bilik...
           AKU MENANGIS?


rasanya, memang aku rindukan dia. dan hati aku tak mampu menafikannya. sebab aku paling bahagia bila bersama dia. lebih daripada cinta pertama aku....

Monday 26 December 2011

..salah aku..

aku tau...memang salah aku. tapi aku tak cakap yang aku takkan cari pengganti kau kan? memang susah nak lupakan kau. tapi kau kena tau.. aku pun dah cakap, jangan tutup hati kau.. sebab aku tak pernah tutup hati orang lain.. bila kau tutup hati, and aku ada orang lain, kau salahkan aku. and bila aku hampir mampu teruskan hidup, kau datang balik.. kau bagitau la segala sedih kau kat dia. benda yang kau buat tu la yang mendorong aku untuk tipu kau.. tau tak? kau mendesak aku tanpa sedar.. dan sekarang, kau letak segala beban pada aku. memang tak salah la aku lepaskan kau. kalau tak, entah apa jadi. sekarang, aku tak kisah la kau nak kutuk aku depan orang lain even bestfriend aku.. tapi aku tau kisah di sebaliknya. dan bila sampai ke tahap yang aku tak mampu tahan, aku akan buat sesuatu yang di luar jangkaan. ini diri aku yang sebenar. dingin... sebab kau yang buat aku jadi macam ni... memang betul la kata ex kau.. kau yang mungkir janji.. heyy. aku lagi banyak bersabar dengan kau tau.. kau nak kongkong aku sampai cakap dengan budak perempuan pun kau tak bagi???!!! kau bergelumang dengan budak lelaki lain selori pun aku tahan je tau.. kau ingat aku ni apa? memang padan la aku cari orang lain. sebab kau buat cinta aku berkurangan sejak kita bersama lagi... btw, mak aku tak pernah buat ayah aku berkurang cintanya.. tapi kau? fikirkanlah.. jangan mudah nak menuduh. lagipun, kau yang selalu sangat fikir aku akan ada orang lain kan? sekarang, kau rasa sendiri la... nak sangat kan? terima seadanya...

Monday 19 December 2011

..kami ada..

As salam.. how's everybody? harap semuanya sihat.. Insyaallah.. so, hari ni kita akan berbicara tentang topik persaudaraan dalam Islam.. apabila kita sebut Muslim, maka secara automatiknya, kita bersaudara.. pelik kan? kita takde hubungan apa2 pun.. kenal pun tak.. tapi macam mana kita boleh bersaudara? atau soalan yang lebih tepat, atas apakah hubungan persaudaraan tu terbina? jawapannya, iman... apabila kita semua beriman kepada Allah, kepada semua janjinya, mematuhi arahannya, menjauhi larangannya, secara tidak sedar, kita mempunyai pegangan yang sama.. kepercayaan yang sama.. menjadikan kita hamba-hamba yang berada di bawah pemerintahan Yang Maha Satu.. itu yang menjadikan kita saudara... dan apabila seseorang itu mukmin mengalami kesusahan, saudara keimanannya yang lain akan turut merasa susah dan tergerak ingin membantu.. itulah kehebatannya apabila kita bergelar seorang muslim.. hubungan sesama kita kuat selagi kita berpegang teguh kepada tali Allah yakni beriman kepadanya... itu sahaja untuk kali ni.. semoga kita semua berada di bawah lembayung kasih Allah sentiasa.. Insyaallah.. Nuhibbukafillah.. As salam.. :)

Friday 16 December 2011

..adakah itu perpecahan..

As salam buat semua insan yang bergelar Muslim... harap korang semua sihat dan sentiasa di bawah keredhaan Allah.. kali ni, aku nak berbicara tentang sahabat.. kita biasa fikir simple. sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita, orang yang selalu kita jadikan tempat untuk meluahkan segalanya.. tapi sebenarnya ada 2 jenis sahabat dalam dunia ni. sahabat yang membawa kita ke syurga dan sahabat yang membawa kita ke neraka. kedua duanya baik bagi kita. tapi sebenarnya, hanya satu yang baik untuk kita.. yang membawa ke syurga semestinya.. bagai mana sahabat kita mampu membawa kita ke neraka? bila kita sama2 berbuat jahat, sanggup melindungi sesama sendiri jika terkantoi, itulah sahabat yang membawa ke neraka. tapi sahabat yang membawa ke syurga, mereka akan sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan..dan bila persahabatan tu dibina atas dasar keimanan, akan sampai ke satu tahap di mana apabila salah seseorang itu terjun atau terjatuh ke neraka, sahabatnya yang setia akan ikut terjun untuk menariknya semula ke atas dan mereka berpimpinan tangan untuk ke syurga bersama... maka renungkanlah.. adakah anda seorang sahabat yang membawa sahabat anda ke syurga? jika tidak, maka lakukanlah perubahan. sesungguhnya, segala perkara yang besar bermula dengan perkara yang kecil... As salam

Thursday 15 December 2011

..kembali semula..

As salam... hmmm. lama tak edit blog ni.. etah la.. bila tengok blog ni, hati rasa sedih sangat2.. teringat masa lalu.. tapi, aku kena teruskan.. kalau dia boleh. aku pun kena macam tu juga.. apa pun sekarag ni, aku kena capai target aku.. belajar betul2, capai menara gading and dapatkan kerja yang bagus2...aku harap, dia tak pernah lupakan aku sebab aku tak lupakan dia. in fact, aku tak mampu.. memang setiap orang tak mampu lupakan kenangan lama... lain la kalau terhantuk kuat2 sampai hilang ingatan.. tapi biar je la benda tu dalam otak aku.. kita tak boleh lari dari masa lalu.. tapi kita kena bersedia untuk masa depan..walaupun aku serba salah dengan apa yang aku buat sekarang ni.. aku ni agak bodoh. tak boleh nak kawal diri sampai jadi macam ni sekali.. ramai orang terluka disebabkan aku.. aku cuma harap satu hari nanti, aku dapat kembali jadi manusia yang baik and aku nak dapat teman yang terbaik dalam hidup aku... semoga Allah bersama aku..

Thursday 3 November 2011

..Hidup Ni Macam Roda..

As salam. how's everybody? okay kan? ye. tajuk di atas bermakna aku nak ceramah la sikit. tapi jangan risau. tak la membosankan pun. sbenarnya, ni pasal relationship aku. ye la. hidup mana yang tak dilambung ombak. macam tu juga dalam perhubungan. mesti ada turun naik. kalau tak, takde la rasa menghargai antara satu sama lain, kan. bila hampir atau sudah kehilangan, baru kita sedar yang pasangan kita tu sangat penting dalam hidup kita. so, hargai la pasangan kita setiap masa walau macam mana pun dia. kalau kita dah terima dia dalam hidup kita, bermakna kita kena terima semua kelebihan mahupun kekurangan dia. itu yang penting sekali. ok. tu je tarbiyah untuk hari ni. take care, people. to my mama, iloveyousosososoveryverymuch. Imissyoualotofmuch! As salam. :)

Wednesday 2 November 2011

..Mama, Papa Dah Kembali..

As salam. lama tak update. ini la masalahnye berhadapan dengan final exam. mau kena kongkong sampai habis exam. huhu. takpe. semalam, aku dah bebas. no more stress. buku teks pun dah pulang. seronok beb. hahaha. ohhh. maksud tajuk? hehe. cari la sendiri. takde la. 'mama and papa' tu panggilan baru antara aku dengan si dia yang comel bernama Asyiqin Aqilah tu la.. tak lama lagi, this papa's gonna meet his dearest mama. tak sabar menunggu hari tu tiba. aku pakai baju t-shirt putih dengan jeans, dia pakai **** ****** yang berwarna putih jugak. huhu. mesti dia comel masa tu, kan? aku rindu dia sangat2. aku nak renung mata dia lama2, melihat senyuman dia, tawa dia, semua tentang dia. walaupun sehari je, tapi banyak kenangan yang akan tercipta. Ya Allah, satukanlah aku dengan dia, agar aku tak perlu merindui dia dari jauh. berat hati ni nak menanggung rindu, Ya Allah. aku nak snap gambar dia banyak2 guna Gemok milik kitorang. ok. that's it for now. ada masa, aku update lagi. to my mama, iloveyousoooveryverymuch and imissyoualotofmuch. As salam.

Sunday 23 October 2011

..eXaMs oVeR..


As salam. okay. kejap eh. WOOOOHHHOOOOO!!!!!! haha. sorry. terlebih excited. maklumlah. sepertiga tekanan dah terlepas dari bahu aku. subjek teras semua dah settle. tinggal Seni, PJK dengan Sivik je kot. ah. tu semua kacang goreng jerr. haha. tapi, bila exam dah habis kan, satu je benda yang aku ingat. aku nak jumpa perempuan yang paling aku cintai dalam dunia ni. Raja Asyiqin Aqilah. rasa rindu sangat2 kat dia. semalam aku pergi pantai klebang. bila aku duduk tepi pantai tu, teringat dia je. alangkah bahagianya kalau dia ada di sebelah aku, di sisi aku masa tu. mesti ada beribu ribu gambar dia dalam GEMOK kitorang. hehe. gemok tu nama DSLR kitorang. dia yang bagi nama tu. i think it's cute so aku ikut je. at least kamera tu boleh mengingatkan aku tentang dia. tak sabar nak jumpa dia november nanti. i wanna spend the whole day being with her. makan2, jalan2, tengok wayang dan yang paling penting sekali, duduk2 sambil suap menyuap sundae cone. hari ni adalah hari ke 40 kitorang bersama. harap dapat kekal sampai bila2. ok la. aku nak kena tidur. tata. take care, semua. mimpi yang indah2. jangan mimpi basah. hehehe. iloveyousomuchandimissyoualot, Asyiqin Aqilah. As salam. :)

Friday 7 October 2011

..birthday..


As salam. huhu. jangan salah sangka ya. birthday aku dah lepas. ni birthday orang yang sangat special di hati aku. birthday Asyiqin Aqilah. semalam. 6/10/2011. sama dengan birthday bapak aku. haha. apa2 pun, SELAMAT HARI JADI, SAYANG!!! may Allah bless you. semoga semua hajat tertunai, murah rezeki dan berjaya dunia akhirat. sorry that i can't be by your side on your birthday. i've done my best to turn your special day into a perfect day. kalau ada kekurangan, maafkan saya ye. hadiah nanti, saya bagi bila kita berjumpa. ok? um. nak siap ni. Solat Jumaat. papai. cepat sembuh tau. kurangkan minuman sejuk. lebyousooomuch, sayang. missyoualot. happy birthday again. As salam.

Sunday 2 October 2011

..somebody is jealous..

As salam. wuu. somebody is jealous. topik hangattt. huh. ada la seseorang ni. ish. dia betul2 jealous dengan kehidupan baru aku yang far more better. yelah. dulu, aku dengan dia, senang je nak mainkan aku. then, mintak maaf kannn. ok. aku maafkan. tapi, ingat senang ke aku nak lupakan benda tu? uhh. benda yang dia buat tu, membuatkan aku tak tidur 2 malam tau. memikirkan masalah tu. lagi, dia cuba nak ubah aku. WTF?? bagus sangat ke kau nak ubah aku jadi orang lain? eh. if you're really sincere to be a part of my life, kau mesti terima aku seadanya. now, it's over. kau pun sendiri cakap aku ni cuma bestfriend kau. so, kenapa nak marah2 pulak? kau tak boleh nak control aku. so, goodbye. just go on with your life and you can say whatever you wanna say. As salam.

..hati ini terlalu rindu..


As salam. awak, saya rindu awak sangat2. saya pun nak jumpa awak. dan kalau boleh, saya nak sentiasa berada di sisi awak. biar saya jady 'bodyguard' awak. yang penting, awak sentiasa ada di depan mata saya agar saya tak risau. bila awak jauh dari saya, rasa hati ni tak menentu. saya harap, satu hari nanti, kita akan bersatu dan takkan pernah berpisah selamanya. saya sayang awak, saya rindu awak, saya cinta awak. :')

Thursday 29 September 2011

..uhh..

As salam. apa khabar semua? ye. seronok berjumpa anda semula. ye. ni kejap je ni. ish. takpe. so, hari ni dah 24 hari pun. aku dengan asyiqin. and sayang aku pada dia tetap pada level tertinggi. umm, tak banyak benda menarik yang berlaku. cuma, tadi team silat aku dah cuba berdamai. alhamdulillah. tapi aku buat2 hangin. hehe. bersungguh betul diorang pujuk aku dengan kawan aku. aku kena belajar memujuk dengan diorang. mana la tau, nanti Asyiqin tersayang tu merajuk, boleh la saya pujuk awak, kan sayang? hehe. btw, sekarang ni blogger macam ada problem ah. susah nak login. ka? harap dapat diselesaikan. ok. tu je. buat asyiqin, iloveyousoveryhighmaximummuch tau. missyousomuch. ok. jumpa lagi. As salam

Sunday 25 September 2011

..'anniversary'..

As salam. aku hanya boleh update blog ni selama 3 minit. so, aku akan menaip selaju yang boleh. damn. hehe. so, tajuk di atas, faham2 je la tentang siapa kan. esok,genap 3 minggu kitorang bercinta. harap boleh tahan sampai ke syurga. sebab aku nak bersama dia selamanya. aku syang dia gila2. dia pengawal penjara hati yang paling menarik hati aku. haha. bab penjara hati ni, aku rasa kitorang je paham. kan sayang? btw, awak jangan risau. walau di mana kita berada, nothing can separate our heart. saya sayang awak sangat2. you're the special one. blog awak comel la. macam tuannya jugak. tapi tuan dia comel plus jelita, ayu, menawan plusplus. hehe. ok. masa kian suntuk. bom hampir meletup. mak aku dah hampir dgn komputer. bye sayang. ilebyousooomuch. miss you. harap dapat jumpa awak nanti.. Assalam

Tuesday 20 September 2011

..singgah sebentar..

As salam.heyheyhey. aku singgah kejap je. nanti nak kena off. boooo. aku benci kongkongan!!!!!! damn. nak online pun susah. btw, aku still dengan Asyiqin. IMISSHER!!!!!!! bila la kitorang dapat jumpa. hehe. tu je kot nak citer. btw, aku baru potong rambut. BURUK!!!!!!!!!! ok. tu je. Asyiqin Aqilah, iloveyousoooomuch, sweethoneybabydarling. and imissyousooooomuch. harap kita dapat jumpa cepat2 kan? As salam. :)

Saturday 17 September 2011

..design pun tak tau..


As Salam. hah. terasa nak update. so, perkara pertama yang aku buat bila aku log in adalah memlawat blog si dia. faham faham je la kan. then, aku carik gambar dia sampai dapat. dapat satu yang sesuai. aku cari pulak relationship date counter. macam2 keluar. yang tak berkaitan pun ada. pelik aku. jumpa yang ok, aku pun ambik URL dia. paste kat blog. gambar dia aku letak kat atas date counter. maka siap lah kerja aku. ada kat belah kanan ni ha. dekat 1 jam aku buat benda ni. buta IT la katakan. maybe tak secantik mana. tapi cukup supaya aku dapat ingat dia. and i'll always remember you, si comel. now, she's in KL. ada dinner. aku rindu dia. nasib baik ada phone. boleh message.ok. that's it. thanks for reading. to my Comel girl, iloveyousomuchtilltheendoftheworld. haha. ntahapeapentah aku cakap kan? but still, i mean it. :)
As Salam.

Sunday 11 September 2011

..kembali pulang..



Salam. huh. setelah sekian lama, akhirnya dapat jugak aku bukak blog ni balik. umm. lama tak update blog. dan selama tu la banyak benda yang berlaku pada aku. yang baik, buruk dan sebagainya. yang terbaru pada aku ialah, aku dah berpasangan dengan seseorang yang setelah sekian lama aku tunggu. lebih lama daripada waktu aku berkenalan dengan KAU.(sesiapa yang terasa, faham2 je la).btw, nama dia Asyiqin Aqilah. bagi aku, dia Si Comel yang paling baik aku pernah jumpa. aku bertuah. haha. next thing is, aku dah dapat DSLR!!!!!!! haha. setelah sekian lama menunggu, akhirnya impian aku tercapai. Nikon D3100. maka, secara rasminya, bermulalah kerjaya tak rasmi aku sebagai photographer. umm, apa lagi eh? hah. semalam aku beraya dengan team silat aku. cadangnya, nak ke rumah cikgu kitorang kat bachang naik bas. fuhh. terlepas sampai ke alor gajah. nasib tak sampai ke tampin. kalau tak, aku tak tau la. tapi tu la pengalaman. haha. seronok ah. tu je aku nak cerita. jumpa lagi lain kali. Salam. :)

Thursday 14 July 2011

..pengalaman..



Salam. apa khabar semua? Alhamdulillah, everything in my life berjalan lancar. walaupun agak sibuk sikit. tapi rasa macam best walaupun letih. semalam baru balik dari Kem Kemanisan Iman. Masya-Allah. banyak sangat pengalaman dan kenangan manis yang tertinggal. tak ada yang pahit. semua indah. dan tu membuat aku tekad untuk berubah menjadi hamba yang lebih beriman.berserah sepenuhnya kepada Allah.
 Ok la. nanti aku update lagi. ni je yang aku boleh taip. bye. Salam.

Sunday 10 July 2011

..perubahan..


Salam. lama tak update blog kan? tapi yelah. tak ramai pun yang nak baca blog aku ni. so, kepada yang membaca, thanks. a lot.

coretan kali ni mungkin agak mengejutkan sikit tapi aku rasa bagus. selama ni aku guna blog ni hanya untuk meluahkan rasa. apa yang aku rasa dalam hati, aku taip dan post. tapi, bila RAMADHAN yang aku tunggu tunggu ni dah dekat, aku baru tersedar. kenapa aku tak gunakan blog ni untuk perkara yang aku sayang sangat sangat? yang aku tunggu kehadirannya setiap tahun? kemudian, baru aku tersedar. semuanya kerana iman di dada yang rapuh. memang aku tak boleh sempurna. tapi aku nak jadi yang terbaik. orang kata aku baik. tapi kadang kadang aku teruk. lalai. so, kenapa aku tak berubah? macam Ustazah Siti Asiah cakap. kita mesti tunjukkan pada dunia luar yang Islam itu yang benar. dan kita sebagai orang Islam, kita yang memainkan peranan untuk melakukan tugas itu. kita harapan Islam. tugas tu berat. tapi kita ada Allah. so, kalau kita nak buat baik, minta tolong pada Allah. Dia bersama dengan orang yang benar. Insyaallah, usaha kita akan membuahkan hasil. only then, kita akan tersenyum dan mula menyedari betapa berfaedahnya tugas ni. and we'll keep doin' it sebab kita rasa seronok dan tenang. so, mulai sekarang, blog ni bukan je untuk hati aku, tapi untuk Islam. agama yang aku sayang. ad-Din yang satu. terima kasih, Allah. terima kasih ya Ramadhan. aku menunggu kehadiranmu. Salam. :' )

              “Ya Allah, berikan keberkatan kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”

Saturday 25 June 2011

..life's challenge..


lama tak update blog. sekarang pukul 4 pagi. hehe. aku ada banyak cerita gempak yang berlaku sepanjang aku tak update blog ni. so, now's the right time to let it out.

1st story :
23rd of July 2011. satu sejarah tercatat apabila aku dan kakak terlibat dalam kemalangan. eceh. bahasa baku pulak. time tu aku balik dari sekolah. kakak aku ambik naik motor. maklumlah, nak jalan or cycle, malas. so, seperti biasa, kitorang lalu kat jalan yang ada hostel manipal dekat hutan kecik tu. tiba tiba, masa nak belok kat selekoh, kakak aku senget sikit je, motor tu terus tergelincir. mula mula jatuh kat bahagian kanan. tapi bila dia cuba balance balik motor tu, terjatuh pulak ke kiri. apa lagi... srreettt... aku tergesel atas jalan tar tu. hangin satu badan, aku bangun nak marah kakak aku. yela, tetiba jatuh. tapi aku tengok dia tak gerak. aku goncang dia, tergamam tengok kepala dia berdarah. bukan sikit darahnya. sampai mengalir atas jalan. aku apa lagi. panik la. alhamdulillah ada satu kereta saga lalu. student manipal rupanya. aku tahan kereta tu and then aku suruh diorang bawak kakak aku ke hospital. aku angkat motor yang jatuh tu, drive balik rumah. tapi tayar pancit. rupanya, sebab tu la motor tergelincir. tayar takde angin. atas motor pulak ada beban yang "agak berat". so, jatuh la. sampai rumah, aku campak beg and terus call ibu. time tu ibu pergi bank. dia terus pergi hospital. aku call ayah aku pulak. dia kerja kat seremban. time tu jugak, dia balik melaka. risau punya pasal. but now, everything's fine. kakak aku still kat wad. tapi pening kepala lagi. maklumlah, kepala terhentak sampai berdarah. benjol pulak tu. but alhamdulillah, everything's fine. hari ni dia dah boleh keluar. pukul 12 tengahari nanti kitorang pergi hospital ambik dia.

2nd story :
lain kali aku cerita. hehe. aku nak kemas beg la. hari ni ada karnival kat sekolah. jangan risau. nanti korang tau gak cerita tu. okay? and to the most special girl in TKC, you know who's i'm talkin about. sorry for not answering your call. i penat gila 2-3 hari ni. but i promise. nanti kita borak lama lama kay? i miss you so much and ilysm. and to all of you, THANKS. bye. take care. Salam. : )

Thursday 9 June 2011

..one down, one to go..

huh. lama tak update blog. maklumlah. jalan2 je kerja. btw, yesterday was one of the best day ever. satu problem dah selesai. tapi yelah. masalh takkan berhenti datang. ni lagi satu. lebih kurang je masalah. tapi agak memeningkan jugak. aduh. masalah betul la. tapi aku harap budak tu faham la situasi aku. thanks to my best GIRL-FRIEND.(ada dash kat tengah tu tau), u dah tolong i ringankan kepala ni. thanks for everything. sadly, u dah kena balik asrama esok. and balik rumah raya nanti. gila. i'm gonna miss you. hehe. jaga diri bebaik. jangan marah2. nanti cepat tua. bye. eh, one more thing. lagu one in a million ni untuk u. enjoy your life. Salam. :')

Tuesday 31 May 2011

..the boredom strikes..

phew! i'm bored now. nak text? takde orang yang sudi. skype? dengan hantu boleh la. tv? cerita boring. so, update blog aje yang boleh aku buat. by the way, tadi call nazim jap. borak, mengumpat(sikit je) dan sebagainya. lama tak borak camni. credits to maxis for the hot ticket idea. hehe. just two more days and i'm gonna meet my beloved best friend. tapi yang bangangnya, kakak aku yang dua orang tu pun ada sekali. kacau daun betul. pakwe sendiri tak nak kacau. aku jugak yang diganggunya. lantak la. diorang buat hal sendiri. ok. tu je. Salam. :)

Monday 30 May 2011

..meet my best friend..


Salam. ok. my life's great right now. everything's fine. except my dad. asyik nak membebel je. nasib baik dia kat seremban. so, i've a great news. khamis ni, aku akan berjumpa dengan sahabat aku yang dah lama terpisah. happy yaw! well, ye la. dekat setahun tak jumpa dia. malam tadi kitorang borak. aku call dia la. duhh. you know what? suara bapak orang. tapi yang tak menahannya, dia kata suara aku tak berubah lagi. memang la. aku punya suara pecah lagi awal dari dia. kira aku lagi matang la kan? hehe. btw, we're gonna have the totally highest maximum fun this thursday! tak sabar nak jumpa dia. nasib baik my mum izinkan. itu pun sebab my dad suruh tanya dia. kalau my dad tak bagi la kan, memang meletup kereta dia aku bom. so, that's it for now. thanks to the followers of my blog. aku sayang korang ketad2! Salam. :)

Sunday 29 May 2011

..penghargaan buat sahabat..


selama ni, aku lalui hari hari yang mendatang dalam hidup ni. macam macam yang aku dapat. pengalaman,ujian dan banyak lagi. tapi ada satu hadiah dari Allah yang aku hargai setiap masa walaupun dari jauh. satu perkara yang aku akan ingat sampai mati. satu perkara yang aku akan cerita pada semua anak dan cucu aku kalau aku sempat bertemu mereka. seorang sahabat yang paling aku sayang dalam dunia ni. yang tak pernah aku jumpa gantinya walau ke mana aku pergi. yang selalu memahami aku. selalu dengar masalah aku. masalah hidup kita sama. tapi masalah kau lagi menguji ketabahan. namun, kita tetap bersama. berkongsi cerita,masalah,makan dan minum bersama di kantin SK Bukit Baru yang penuh dengan kenangan terindah dalam hidup aku. tapi, takdir memisahkan kita. haluan yang dipilih tak sama. namun, kita tetap terus berhubung. walaupun jarang. nazim, aku rindu kau. aku sayang kau. kau sahabat aku dunia akhirat,susah senang dan selamanya. kalau kau ada sebelah aku sekarang ni, aku nak pegang kau kuat kuat. tak nak kau hilang dari sisi aku. tapi tu cuma harapan dalam hati. saat aku menulis coretan ni, air mata aku perlahan mengalir. makin lama makin laju. dan akhirnya turun ke bumi. bertabur butiran air mata tu. macam hati aku. aku terlalu merindui kau. banyak yang aku nak ceritakan pada kau. aku harap,kita akan dapat berjumpa nanti. demimu  sahabat, jika kau terjatuh ke dalam neraka, aku akan terjun untuk menarik tangan kau ke atas semula dan kita akan berpimpin tangan bersama sampai ke syurga. dan aku tahu yang kau pun akan buat perkara yang sama. aku nak kau tahu yang aku sayang sangat pada kau dan aku hargai sangat persahabatan yang terbina ni.aku harap kita akan kekal bersama sampai ke syurga. Salam

Saturday 28 May 2011

Some Intro...

Salam. congratulations! you found my blog. thehe. welcome to my blog. I create this blog to..ya' know..write anything about my life. i don't have any diary and i'm not so diligent to write in a book. so, jangan risau sangat. aku pandai cakap melayu. one more thing, kalau aku ada terpost apa-apa yang menyinggung hati atau ada sesiapa yang terasa, mintak maap banyak banyak la ye? aku ni manusia biasa. faham je la kan. ok. that's it for now. jenguk la blog aku ni selalu kalau nak tau banyak tentang aku. akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara. sekian. Salam