me.

me.
i'm on your right side.

Tuesday 31 May 2011

..the boredom strikes..

phew! i'm bored now. nak text? takde orang yang sudi. skype? dengan hantu boleh la. tv? cerita boring. so, update blog aje yang boleh aku buat. by the way, tadi call nazim jap. borak, mengumpat(sikit je) dan sebagainya. lama tak borak camni. credits to maxis for the hot ticket idea. hehe. just two more days and i'm gonna meet my beloved best friend. tapi yang bangangnya, kakak aku yang dua orang tu pun ada sekali. kacau daun betul. pakwe sendiri tak nak kacau. aku jugak yang diganggunya. lantak la. diorang buat hal sendiri. ok. tu je. Salam. :)

Monday 30 May 2011

..meet my best friend..


Salam. ok. my life's great right now. everything's fine. except my dad. asyik nak membebel je. nasib baik dia kat seremban. so, i've a great news. khamis ni, aku akan berjumpa dengan sahabat aku yang dah lama terpisah. happy yaw! well, ye la. dekat setahun tak jumpa dia. malam tadi kitorang borak. aku call dia la. duhh. you know what? suara bapak orang. tapi yang tak menahannya, dia kata suara aku tak berubah lagi. memang la. aku punya suara pecah lagi awal dari dia. kira aku lagi matang la kan? hehe. btw, we're gonna have the totally highest maximum fun this thursday! tak sabar nak jumpa dia. nasib baik my mum izinkan. itu pun sebab my dad suruh tanya dia. kalau my dad tak bagi la kan, memang meletup kereta dia aku bom. so, that's it for now. thanks to the followers of my blog. aku sayang korang ketad2! Salam. :)

Sunday 29 May 2011

..penghargaan buat sahabat..


selama ni, aku lalui hari hari yang mendatang dalam hidup ni. macam macam yang aku dapat. pengalaman,ujian dan banyak lagi. tapi ada satu hadiah dari Allah yang aku hargai setiap masa walaupun dari jauh. satu perkara yang aku akan ingat sampai mati. satu perkara yang aku akan cerita pada semua anak dan cucu aku kalau aku sempat bertemu mereka. seorang sahabat yang paling aku sayang dalam dunia ni. yang tak pernah aku jumpa gantinya walau ke mana aku pergi. yang selalu memahami aku. selalu dengar masalah aku. masalah hidup kita sama. tapi masalah kau lagi menguji ketabahan. namun, kita tetap bersama. berkongsi cerita,masalah,makan dan minum bersama di kantin SK Bukit Baru yang penuh dengan kenangan terindah dalam hidup aku. tapi, takdir memisahkan kita. haluan yang dipilih tak sama. namun, kita tetap terus berhubung. walaupun jarang. nazim, aku rindu kau. aku sayang kau. kau sahabat aku dunia akhirat,susah senang dan selamanya. kalau kau ada sebelah aku sekarang ni, aku nak pegang kau kuat kuat. tak nak kau hilang dari sisi aku. tapi tu cuma harapan dalam hati. saat aku menulis coretan ni, air mata aku perlahan mengalir. makin lama makin laju. dan akhirnya turun ke bumi. bertabur butiran air mata tu. macam hati aku. aku terlalu merindui kau. banyak yang aku nak ceritakan pada kau. aku harap,kita akan dapat berjumpa nanti. demimu  sahabat, jika kau terjatuh ke dalam neraka, aku akan terjun untuk menarik tangan kau ke atas semula dan kita akan berpimpin tangan bersama sampai ke syurga. dan aku tahu yang kau pun akan buat perkara yang sama. aku nak kau tahu yang aku sayang sangat pada kau dan aku hargai sangat persahabatan yang terbina ni.aku harap kita akan kekal bersama sampai ke syurga. Salam

Saturday 28 May 2011

Some Intro...

Salam. congratulations! you found my blog. thehe. welcome to my blog. I create this blog to..ya' know..write anything about my life. i don't have any diary and i'm not so diligent to write in a book. so, jangan risau sangat. aku pandai cakap melayu. one more thing, kalau aku ada terpost apa-apa yang menyinggung hati atau ada sesiapa yang terasa, mintak maap banyak banyak la ye? aku ni manusia biasa. faham je la kan. ok. that's it for now. jenguk la blog aku ni selalu kalau nak tau banyak tentang aku. akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara. sekian. Salam