me.

me.
i'm on your right side.

Friday 30 December 2011

aku menangis?

aku tengok gambar dia kat FB. hati aku bergoyang. but then, back to normal..

tapi lepas tengok ombak rindu, aku masuk bilik...
           AKU MENANGIS?


rasanya, memang aku rindukan dia. dan hati aku tak mampu menafikannya. sebab aku paling bahagia bila bersama dia. lebih daripada cinta pertama aku....

Monday 26 December 2011

..salah aku..

aku tau...memang salah aku. tapi aku tak cakap yang aku takkan cari pengganti kau kan? memang susah nak lupakan kau. tapi kau kena tau.. aku pun dah cakap, jangan tutup hati kau.. sebab aku tak pernah tutup hati orang lain.. bila kau tutup hati, and aku ada orang lain, kau salahkan aku. and bila aku hampir mampu teruskan hidup, kau datang balik.. kau bagitau la segala sedih kau kat dia. benda yang kau buat tu la yang mendorong aku untuk tipu kau.. tau tak? kau mendesak aku tanpa sedar.. dan sekarang, kau letak segala beban pada aku. memang tak salah la aku lepaskan kau. kalau tak, entah apa jadi. sekarang, aku tak kisah la kau nak kutuk aku depan orang lain even bestfriend aku.. tapi aku tau kisah di sebaliknya. dan bila sampai ke tahap yang aku tak mampu tahan, aku akan buat sesuatu yang di luar jangkaan. ini diri aku yang sebenar. dingin... sebab kau yang buat aku jadi macam ni... memang betul la kata ex kau.. kau yang mungkir janji.. heyy. aku lagi banyak bersabar dengan kau tau.. kau nak kongkong aku sampai cakap dengan budak perempuan pun kau tak bagi???!!! kau bergelumang dengan budak lelaki lain selori pun aku tahan je tau.. kau ingat aku ni apa? memang padan la aku cari orang lain. sebab kau buat cinta aku berkurangan sejak kita bersama lagi... btw, mak aku tak pernah buat ayah aku berkurang cintanya.. tapi kau? fikirkanlah.. jangan mudah nak menuduh. lagipun, kau yang selalu sangat fikir aku akan ada orang lain kan? sekarang, kau rasa sendiri la... nak sangat kan? terima seadanya...

Monday 19 December 2011

..kami ada..

As salam.. how's everybody? harap semuanya sihat.. Insyaallah.. so, hari ni kita akan berbicara tentang topik persaudaraan dalam Islam.. apabila kita sebut Muslim, maka secara automatiknya, kita bersaudara.. pelik kan? kita takde hubungan apa2 pun.. kenal pun tak.. tapi macam mana kita boleh bersaudara? atau soalan yang lebih tepat, atas apakah hubungan persaudaraan tu terbina? jawapannya, iman... apabila kita semua beriman kepada Allah, kepada semua janjinya, mematuhi arahannya, menjauhi larangannya, secara tidak sedar, kita mempunyai pegangan yang sama.. kepercayaan yang sama.. menjadikan kita hamba-hamba yang berada di bawah pemerintahan Yang Maha Satu.. itu yang menjadikan kita saudara... dan apabila seseorang itu mukmin mengalami kesusahan, saudara keimanannya yang lain akan turut merasa susah dan tergerak ingin membantu.. itulah kehebatannya apabila kita bergelar seorang muslim.. hubungan sesama kita kuat selagi kita berpegang teguh kepada tali Allah yakni beriman kepadanya... itu sahaja untuk kali ni.. semoga kita semua berada di bawah lembayung kasih Allah sentiasa.. Insyaallah.. Nuhibbukafillah.. As salam.. :)

Friday 16 December 2011

..adakah itu perpecahan..

As salam buat semua insan yang bergelar Muslim... harap korang semua sihat dan sentiasa di bawah keredhaan Allah.. kali ni, aku nak berbicara tentang sahabat.. kita biasa fikir simple. sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita, orang yang selalu kita jadikan tempat untuk meluahkan segalanya.. tapi sebenarnya ada 2 jenis sahabat dalam dunia ni. sahabat yang membawa kita ke syurga dan sahabat yang membawa kita ke neraka. kedua duanya baik bagi kita. tapi sebenarnya, hanya satu yang baik untuk kita.. yang membawa ke syurga semestinya.. bagai mana sahabat kita mampu membawa kita ke neraka? bila kita sama2 berbuat jahat, sanggup melindungi sesama sendiri jika terkantoi, itulah sahabat yang membawa ke neraka. tapi sahabat yang membawa ke syurga, mereka akan sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan..dan bila persahabatan tu dibina atas dasar keimanan, akan sampai ke satu tahap di mana apabila salah seseorang itu terjun atau terjatuh ke neraka, sahabatnya yang setia akan ikut terjun untuk menariknya semula ke atas dan mereka berpimpinan tangan untuk ke syurga bersama... maka renungkanlah.. adakah anda seorang sahabat yang membawa sahabat anda ke syurga? jika tidak, maka lakukanlah perubahan. sesungguhnya, segala perkara yang besar bermula dengan perkara yang kecil... As salam